Sebuah berita baik buat AirAsia Group Bhd selepas berjaya mencatatkan peningkatan para penumpang sepanjang Disember 2020 berbanding September 2020.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, AirAsia Thailand merekodkan peningkatan penumpang sebanyak 31% manakala AirAsia Filipina mencatatkan peningkatan penumpang sebanyak dua kali ganda.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_2_2_1_5_28155122-1-eng-GB_NY1_0493r
Sumber: Nikkei Asia

Prestasi yang ditunjukkan AirAsia Indonesia nampaknya lebih baik selepas berjaya menerima peningkatan penumpang sebanyak 11 kali ganda lebih tinggi berbanding September 2020.

Dimaklumkan AirAsia Malaysia berjaya mengumpul sebanyak 834,934 penumpang sebanyak suku terakhir 2020 meskipun syarikat ini terpaksa berdepan dengan dua bulan yang sukar iaitu Oktober dan November selepas larangan merentas negeri dibuat.

Melihat kepada penawaran vaksin secara meluas sepanjang tahun ini, berkemungkinan prestasi AirAsia akan lebih baik berikutan orang ramai yang selesa untuk bergerak beserta kes COVID-19 yang dijangka bakal berkurangan.

Selain daripada bisnes penerbangan, AirAsia juga turut menjalankan servis penghantaran makanan beserta restoran Santan.

Mahu Bantu Rakyat Malaysia, airasia.com Tawarkan Servis Penghantaran Percuma Sepanjang PKP

AirAsia Lancar ‘Fresh Pack’ Untuk Anda Beli Barangan Runcit Dengan Mudah Dan Cepat