Bloomberg News memetik kata Ketua Eksekutif AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes yang menyatakan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia telah mendapat tawaran sebanyak US$1 bilion untuk unit pajakan pesawat.

Tawaran ini melibatkan Asia Aviation Capital Ltd yang dimiliki sepenuhnya oleh AirAsia. Dan ia perlu dibincangkan lebih lanjut dengan lembaga syarikat. Tony Fernandes turut dipetik berkata ia adalah sebuah perniagaan yang disifatkan sebagai sebuah penjana tunai yang berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia memulakan syarikat penyewaan kapal terbang ini pada tahun 2014. Kini mempunyai 43 buah kapal terbang jenis Airbus A320s menjadikan AirAsia salah sebuah pelanggan terbesar Airbus bagi kapal terbang jenis tersebut.

Antara syarikat penerbangan yang menyewa kapal terbang ini adalah Pakistan International Airlines Corps. Dari masa ke masa terdapat lebih banyak permintaan untuk menyewa kapal terbang kerana kosnya yang lebih rendah berbanding membeli kapal terbang dari Boeing Co. atau Airbus Group SE.