Berdasarkan laporan sekuriti siber global terkini menegaskan bahawa AirAsia merupakan sasaran terbaharu daripada kumpulan penggodam Daixin. Difahamkan serangan tersebut berlaku pada awal bulan ini yang mengakibatkan kebocoran sejumlah besar maklumat privasi pengguna dan pekerja.

Dikatakan kebocoran ini merangkumi 5 juta maklumat peribadi di kalangan pengguna dan juga kesemua pekerja di dalam syarikat tersebut. Perkara ini sangat mengejutkan kerana kumpulan tersebut hanya giat menyerang bisnes-bisnes di Amerikat Syarikat sahaja namun syarikat penerbangan kos rendah tempatan ini pula menjadi mangsa terbaharu.

Baca Juga:

Menurut Databreach.net, AirAsia telah memberi respon kepada kumpulan Daixin tersebut namun tidak dihebahkan berapakah jumlah bayaran yang diminta dan sama ada AirAsia telah membuat pembayaran atau sebaliknya. Malah, mereka mahu melepaskan data sulit AirAsia ini ke internet yang memberikan petanda bahawa AirAsia tidak mengendahkan permintaan Daixin.

Dalam pada itu, wakil Daixin juga mendedahkan mereka tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia adalah disebabkan tidak tersusun dan tidak mempunyai piawaian yang selaras. Hal ini sedikit sebanyak dapat menggurangkan ketirisan maklumat daripada berlaku dalam skala yang lebih besar.

Wakil Daixin ini turut berkata bahawa sangat terkejut dengan perlindungan rangkaian milik AirAsia sangatlah lemah walaupun sudah mempunyai empayar yang besar. Setakat ini, kita masih belum menerima kenyataan rasmi berkenaan isu kebocoran data daripada kumpulan AirAsia.

Sumber