Pencapaian demi pencapaian berjaya dicapai oleh AirAsia setiap tahun. Pada kali ini, AirAsia sekali lagi berjaya merangkul anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia. Lebih manis, ini merupakan kali kesepuluh berturut-turut.

Mengulas mengenai kejayaan yang berjaya dicapai AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan CEO AirAsia menyifatkan kemenangan kali ke-10 berturut-turut ini merupakan kemenangan yang bermakna malah beliau sendiri tidak percaya syarikatnya mampu mengecapi kejayaan sejauh ini.

Sumber: malaysianchinesenews

Tan Sri Tony Fernandes turut menyuarakan impian beliau dimana mahu AirAsia terbang ke semua benua di masa akan datang. Selain itu, AirAsia juga akan cuba sehabis baik dalam memanfaatkan teknologi sedia ada bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat mereka.

Tahniah kami ucapkan buat AirAsia! Anda berjaya membuka peluang buat orang ramai terbang dengan kos yang rendah sekaligus membuka peluang pekerjaan buat orang ramai. Semoga dengan kejayaan ini AirAsia dapat terus komited dalam menawarkan promosi harga rendah seperti yang sering dilakukan.