Sebut mengenai AirAsia pastinya ramai yang cukup kenal dengan syarikat penerbangan tambang murah ini. Terbaharu, syarikat ini mulai menunjukkan impak positif selepas destinasi ke Pulau Langkawi menjadi tumpuan orang ramai menerusi pembukaan gelembung perjalanan.

Terbaharu, AirAsia Group Berhad (AAGB) dilaporkan telah menerima kelulusan oleh Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) untuk 80% pinjaman yang dijamin sehingga RM500 juta menrusi Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin.

Dilaporkan pinjaman diluluskan oleh pemberi pinjaman AAGB di bawah kemudahan pembiayaan bersindiket, dengan jaminan oleh Danajamin melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), sebuah entiti milik penuh Kementerian Kewangan.

Sumber: Nikkei Asia

Menurut Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, pihak mereka memainkan peranan penting dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

Menerusi penerimaan pembiayaan yang diterima, saham AirAsia dilihat telah meningkat 2.7% setakat pagi. Sebagai rekod, saham AirAsia sudah mulai meningkat sebanyak 21.28% setakat bulan lalu.

Melihat kepada kadar vaksinasi yang tinggi di Malaysia, tidak mustahil ekonomi Malaysia akan semakin pulih begitu juga dengan sektor pelancongan yang bakal membuatkan AirAsia kembali menjadi pilihan pengguna.

Sekitar bulan lalu, AirAsia tampil dengan promosi dalam menawarkan tiket penerbangan ke Pulau Langkawi serendah RM12 sahaja.

AirAsia Tawarkan Tiket Penerbangan Ke Pulau Langkawi Serendah RM12 Sahaja

AirAsia X Rugi RM24.63 Bilion Pada Suku Tahun April Hingga Jun 2021