Umum tahu sejak pandemik COVID-19 melanda, syarikat penerbangan antara yang mengalami kesukaran untuk melangsungkan operasi secara skala besar sekaligus membuatkan syarikat ini terpaksa menaggung kos kerugian yang besar.

Dalam usaha untuk memastikan syarikat dapat terus operasi, CEO AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan pihak mereka telah menerima tawaran pinjaman bernilai $1 bilion (RM4.15 bilion) melalui pertukaran pelanggan mereka sepanjang menjalankan bisnes.

STAR
Sumber: The Star

Menurut Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia sedang membangunkan aplikasi Super App dimana aplikasi ini bukan sahaja menawarkan servis tempahan tiket malah pelbagai lagi servis lain termasuk tempahan hotel, makanan dan sebagainya. Tambahnya lagi, kehadiran aplikasi AirAsia versi baharu ini dijangka dapat menyaingi servis yang ditawarkan aplikasi lain seperi GoJek dan Grab.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Tan Sri Tony Fernandes meluahkan minat beliau dalam bisnes melibatkan fintech serta pasaran digital. Semuanya dijalankan sebagai salah satu strategi AirAsia untuk kekal kompetitif melihatkan industri penerbangan yang tenat buat seketika waktu ini.

Mengulas mengenai tawaran yang diterima, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan tawaran bernilai $1 bilion ini terpaksa ditolak dalam menjaga kepentingan serta privasi pelanggan AirAsia sejak mulai beroperasi.

Baru-baru ini, AirAsia turut melancarkan logo dan identiti baru serta menawarkan promosi sehingga 90%. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Lancar Logo Dan Identiti Baru, AirAsia Tawar Promosi Sehingga 90% Seluruh Stor Bermula 12 Oktober

Serendah RM88, AirAsia Kembali Tawar Promosi Tambang Tetap Sehingga 26 Ogos 2020

Sumber