Kenaikan kadar Caj Perkhidmatan Penerbangan (PSC) sebanyak RM23 oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru-baru ini telah mendatangkan reaksi kurang senang dari pihak syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Menurut AirAsia kenaikan caj tersebut dianggap tidak wajar dan tidak munasabah kerana MAHB telahpun mengenakan caj PSC sebanyak RM50.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat memberitahu bahawa pihak MAHB memerlukan lebih banyak pendapatan untuk mengendalikan lapangan terbang kecil yang banyak mengalami kerugian. Ironiknya selepas mengambil perkiraan keuntungan semenjak 3 tahun kebelakangan ini dan mengambil kira kerugian yang berlaku dalam operasi di Turki perkara di atas bukanlah pokok utama kenaikan caj ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak tersebut juga mendakwa kerugian lapangan terbang kecil tersebut juga melibatkan kerugian kepada pihak kerajaan. Akan tetapi menurut Riad Asmat lagi keuntungan yang diperoleh MAHB sebanyak lebih RM100 juta setahun akan memberikan keuntungan sepenuhnya kepada pihak MAHB dan bukannya kerajaan memerintah.

mahb-klia2-maintenance-programme

Tindakan ini sudah pastinya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perniagaan syarikat penerbangan negara seperti AirAsia dan AirAsia X. Kenaikan ini sangat tidak adil berdasarkan keadaan KLIA2 yang sering menyebabkan gangguan operasi penerbangan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber