Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia sekali lagi tampil dengan kejutan apabila menawarkan peluang penerbangan percuma seumur hidup buat pelanggan mereka yang ke-500 juta pada hari ini.

Pelanggan bertuah bernama Dr Panut Oprasertsawat dari Thailand ini dipilih setelah mengambil penerbangan dari Phuket ke Bangkok pada 18 Mac yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20150312_TonyFernandes

Berikutan kejayaan menjadi pelanggan yang ke-500 juta AirAsia, syarikat ini telah menganugerahkan tiga juta AirAsia Big Points, baucer bernilai 50,00 baht (RM6,175) serta peluang penerbangan seumur hidup bersama AirAsia buat dirinya serta isteri.

Difahamkan AirAsia sentiasa menjadi pilihan Dr Oprasertsawat untuk terbang serata negara dan Thailand berikutan harganya yang rendah. Beliau turut mengatakan Maldives bakal menjadi destinasi pertamanya selepas memperoleh peluang yang tidak disangka-sangka ini.

Semoga lebih banyak kejayaan serta ganjaran yang ditawarkan AirAsia buat para pengguna. Difahamkan setakat 2017, syarikat ini telahpun berjaya menawarkan 130 destinasi serata dunia dengan jumlah bilangan 200 penerbangan dan 20,000 Allstars dan AirAsia bercadang untuk meluaskan lagi operasi syarikat mereka.

Sumber