Akhirnya setelah lama menanti, kini AirAsia telah melancarkan restoran Santan cawangan pertamanya di Mid Valley hari ini. Anda kini boleh terus ke sini jika rindu makanan dalam penerbangan AirAsia dan tidak hanya perlu menunggu ketika penerbangan.

The Vocket telah ke pelancaran restoran Santan sebentar tadi dan apa yang kami boleh katakan, restoran Santan ini merupakan sebuah restoran makanan segera ASEAN dimana anda boleh menikmati menu terkenal dalam penerbangan AirAsia.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

photo_2019-12-02_11-23-15

photo_2019-12-02_13-07-11

Jujur kami katakan, pelbagai menu kegemaran ramai seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin, Sate dan pelbagai lagi sedia untuk dijual esok. Lebih mengujakan apabila Burnt Cheesecake turut dijual dan pastinya anda yang sering tidak dapat mencuba ketika penerbangan kini boleh dapatkan dengan mudah.

Selain daripada seleksi makanan yang ‘awesome’ dan menyelerakan ini, terdapat juga seleksi minuman yang bagi kami cukup menyegarkan. Bagi kami, pembukaan restoran ini bukan sahaja akan menarik pelanggan sedia ada AirAsia, tetapi akan menarik orang ramai mencuba makanan daripada Santan dan T&CO.

photo_2019-12-02_13-07-06

photo_2019-12-02_13-07-07

Rata-rata harga yang ditawarkan tidaklah mahal dan anda pasti mampu untuk menikmati hidangan di sini. Harga untuk set Nasi Lemak Pak Nasser adalah RM15 sahaja dan bagi kami harganya cukup berpatutan.

Konsep yang dibawa oleh restoran Santan ini cukup memudahkan penggunanya kerana anda boleh membuat tempahan dahulu sebelum tiba ke restoran dan hanya perlu pick-up sahaja ketika tiba. Mudah bukan?

photo_2019-12-02_13-06-59

photo_2019-12-02_13-07-24

photo_2019-12-02_16-26-18

Anda juga boleh membuat pesanan seperti biasa di restoran jika tidak mahu menggunakan aplikasi. Sebenarnya kami ingin berikan berita gembira kepada anda dimana sempena dengan pembukaan restoran ini, Santan hadir dengan promosi hebat.

Anda akan dapat menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dengan Rendang Ayam pada harga RM5 pada masa terhad dan promosi ini hanya sah jika membuat pesanan atas talian di sini. Malah, anda juga dapat menikmati kopi percuma jika menggunakan aplikasi T&CO.

photo_2019-12-02_13-07-08

Adalah diingatkan bahawa promosi eksklusif ini boleh ditebus jika anda Ahli BIG dan hanya satu pesanan bagi setiap ahli. Untuk promo nasi lemak, anda boleh gunakan kod promo: SANTANRM5, manakala untuk promo kopi gunakan kod promo: TCOFREECOFFEE.

Apa tunggu lagi? Daftar segera sebagai ahli BIG dan muat turun aplikasi T&CO di Apple Store dan Google Play. Adakah anda akan menjadi yang terawal ke restoran Santan ini esok?

Tahukah anda siapa sebenarnya pemilik nama kepada menu terkenal Nasi Ayam Uncle Chin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ketahui Sejarah Di Sebalik Nasi Ayam Uncle Chin Yang Menjadi Pilihan Ramai

Cawangan Pertama Santan Oleh AirAsia Bakal Dibuka Di Mid Valley Tidak Lama Lagi

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Anda Mungkin Suka