AirAsia nampaknya sekali lagi kembali dengan promosi tempat duduk percuma. Promosi tempat duduk percuma pada kali ini diadakan sempena menyambut ahli BIG Member AirAsia yang sudahpun mencecah 20 juta ahli.

Berdasarkan tinjauan kami, terdapat sesetengah yang ditawarkan secara promosi dan tempat duduk percuma tidak termasuk cukai. Antara laluan domestik yang ditawarkan pada harga promosi adalah Miri, Sandakan, Kuala Terengganu dan Langkawi dimana anda boleh menempah dengan harga RM12 sahaja. Laluan ke Melbourne pula ditawarkan dengan harga RM299 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Promosi ini bakal berlangsung pada hari esok iaitu 3 September sehingga 9 September manakala tempoh penerbangan bermula 18 Feburari 2019. Khas buat pengguna BIG Member, anda berpeluang membuat tempahan sehari lebih awal iaitu pada hari ini.

Apa lagi, inilah masanya untuk anda travel dan rakam memori bersama rakan-rakan atau keluarga anda dengan harga promosi.