Disebabkan penularan wabak pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan di Malaysia. Berikutan itu, ramai yang terpaksa membatalkan tiket penerbangan yang telah ditempah awal.

Oleh itu, anda pastinya sudah minta ‘refund’ pada syarikat penerbangan yang anda beli tiket penerbangan, bukan? Bagi anda yang menempah penerbangan AirAsia, difahamkan anda kini tempoh sah Akaun Kredit telah dilanjutkan sehingga 730 hari iaitu 2 tahun selain daripada memberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh memilih daripada 2 pilihan.

1. Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had:

Anda boleh tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada tempat duduk yang ada.

2. Akaun Kredit:

Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (2 tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang bersama AirAsia. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan di AirAsia.

Bagi anda yang telah menerima Akaun Kredit sebelum pengumuman ini turut boleh memohon untuk melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit yang belum digunakan melalui AVA.

Semua maklumat ini sah hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman sesawang AirAsia. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.

Diharap dengan pengumuman ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk dapatkan ‘refund’ anda. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi pihak AirAsia di Twitter atau di laman sesawang AIrAsia melalui AVA.

Difahamkan AirAsia telah menyambung semula operasinya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Bermula Hari Ini

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’