Buat anda yang ingin melancong tetapi tidak tahu ingin ke mana, mungkin anda boleh pertimbangkan Can Tho, sebuah pekan yang terletak di Vietnam.

Keunikkan Can Tho pastinya akan menyajikan anda satu pengalaman yang berbeza dan pastinya anda tertanya-tanya apa tarikan Can Tho yang menjadikannya satu destinasi yang istimewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Menyaksikan matahari terbenam

ninh-kieu-pier-ben-can-tho-tourist-attractions-things-to-do-6-760×432
Sumber : Buffalotrip

Buat anda yang menyukai suasana yang romantik dan ingin menyaksikan matahari terbenam, anda boleh berkunjung ke Ninh Kieu Wharf. Bukan sahaja anda disajikan dengan pemandangan yang cantik tetapi pada waktu malam Ninh Kieu Wharf akan diterangi dengan cahaya led yang pastinya akan membuat anda menyajikan satu pemandangan yang cantik. Malah, terdapat pasar yang dibuka pada waktu malam yang menjual pelbagai makanan, pakaian dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, Can Tho yang terletak di selatan tebing Sungai Hau terkenal dengan pasar terapung, kertas tepung, desa pembuatan tembikar dan terusan luar bandar yang indah. Tuurt dikenali sebagai “Emas Putih Vietnam” berikutan tanahnya yang subur dan Can Tho juga merupakan pengeluar pertanian terbesar di delta sungai Mekong.

2. Tempat yang boleh dilawati

Floating-Market-Cai-Be-Market-Vinh-Long-Market-Cai-Rang-Market
Sumber: TripAdvisor

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap tempat mempunyai tempat peninggalan bersejarah yang pastinya akan membuat anda lebih mengenali sejarah tempat tersebut. Rumah Binh Thuy iaitu sebuah rumah yang dibina pada tahun 1870 merupakan sebuah rumah yang memiliki rekaan Perancis dan ia merupakan tempat beribadat untuk Keluarga Duong sebelum dipulihkan pada awal abad ke-20.

Selain itu, anda juga boleh melawat Jambatan Can Tho iaitu jambatan kabel terpanjang dan paling lama di Asean. Malah, bukan sahaja Pasar terapung terkenal di Thailand, Pasar Terapung Cai Rang juga merupakan pasar terapung yang menjadi tarikan di sini.

0001

Untuk pengetahuan anda, AirAsia kini menawarkan penerbangan terus ke Can Tho dari Kuala Lumpur. Malah, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM36 dari 29 Januari 2019 hingga 10 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 8 April 2019 dan 25 Oktober 2019, dan boleh ditempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

photo_2019-01-30_11-55-33

Jika anda seorang yang inginkan satu kelainan dalam kisah pengembaraan anda, Can Tho adalah destinasi pilihan anda. Rasailah pengalaman yang unik dimana tidak ramai orang dapat merasainya.