Pada hari ini AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), cabang penerbangan Capital A menegaskan komitmen mereka untuk menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, kesemua syarikat penerbangan di bawah AAAGL telah menyelesaikan hampir 99% pertanyaan pelanggan berkenaan bayaran balik dan akan berusaha untuk menyelesaikan baki 0.8% lagi dalam masa terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada masa sama, syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X (AAX) dan Thai AirAsia X (TAAX) juga mempunyai rancangan yang kukuh untuk membuat bayaran balik kepada semua pelanggan yang terkesan sejak dua tahun lalu berikutan COVID-19 dalam beberapa bulan akan datang.

Sumber Gambar: Berita Harian

AirAsia telah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan yang terjejas. AirAsia telah menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua dan majoriti daripada pelanggan kami telah bersetuju untuk menerima bayaran balik menerusi akaun kredit dan kami amat berterima kasih kepada mereka.

“Kini, sekatan perjalanan telah mula dilonggarkan secara berperingkat di beberapa pasaran utama kami dan kami melihat ramai pelanggan kami telah memanfaatkan akaun kredit mereka untuk kembali terbang bersama kami,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Nyata beliau lagi, ramai yang masih keliru antara syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group dan syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh AAX dan TAAX yang merupakan entiti berasingan.

Sumber Gambar: The Edge Markets

Menurut Tan Sri Tony Fernandes, AAX berdepan dengan situasi yang lebih sukar berikutan penutupan sempadan antarabangsa, menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi sepenuhnya serta terpaksa bergantung dengan aliran tunai yang terhad sepanjang tempoh itu.

Walaubagaimanapun, kini entiti itu telah kembali beroperasi dan telah mula membuat bayaran balik kepada para pelanggan yang terkesan menerusi baucar perjalanan bersamaan nilai tempahan yang dibuat.

Begitu juga dengan syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh kami iaitu TAAX juga turut terkesan oleh pandemik ini dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikan semua hutang yang tertunggak kepada para pelanggan melalui bayaran balik dan pemberian kredit.

Dalam pada itu, kumpulan syarikat penerbangan itu menyatakan akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik melalui pelaksanaan pelbagai inovasi baharu serta teknologi digital terkemuka dalam industri yang akan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dalam masa terdekat.

Sementara itu, AirAsia bakal perkenalkan perkhidmatan baharunya ‘AirAsia Ride’. Ketahui lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan ‘Teksi Udara’

AirAsia Bakal Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Sehingga RM60 Bermula 8 Mac Ini

AirAsia Lancarkan Ourfarm, Platform ‘E-Commerce’ Memfokuskan Kepada Agrikultur