Mengembangkan lagi bisnesnya, AirAsia kini melancarkan AirAsia Fresh Pack untuk mudahkan anda membeli barangan runcit dan sayuran segar tanpa perlu bersesak ke pasar tani atau pasar raya.

Pek barangan runcit tersuai atau Fresh Pack ini tersedia mengikut saiz kecil atau besar dalam empat kategori iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan laut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

FreshPacks-2

Untuk pengetahuan anda, harga Fresh Pack ini bermula dari RM30 dan anda boleh mendapatkan pelbagai seleksi barangan yang anda mahu di rumah sahaja. Lebih istimewa, airasia fresh menawarkan diskaun 50% untuk setiap pembelian Fresh Pack kedua dari 2 Februari hingga 28 Februari 2021.

Setiap pesanan Fresh Pack didatangkan dengan beg runcit edisi terhad dalam empat reka bentuk berbeza, yang akan dikeluarkan pada setiap minggu sepanjang bulan Februari. Beg runcit edisi terhad ini direka dengan kerjasama ilustrator dan pereka grafik yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ong Lyn-Hui.

Semua Fresh Pack dan produk lain tersedia di airasia Asean super app menerusi pautan ikon ‘Fresh’ atau di airasia.com/fresh. Bukan itu sahaja, AirAsia kini masih menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had sepanjang tempoh PKP dengan kod promo STAYHOME untuk perbelanjaan minimum RM30

Lebih mudah jika anda buat bayaran menggunakan kad BigPay. Bagi anda yang belum memiliki BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan AirAsia pada pautan di bawah ini.

Mahu Bantu Rakyat Malaysia, airasia.com Tawarkan Servis Penghantaran Percuma Sepanjang PKP

Ikuti Cabaran Yang Dilalui Kapten AirAsia Ini Sepanjang ‘Terbang’ Ke Industri F&B