AirAsia kini telah melancarkan sistem pengecaman wajah bagi memudahkan anda check in dengan lebih mudah dan pantas. Untuk pengetahuan anda, Fast Airport Clearance Experience System atau F.A.C.E.S ini merupakan sistem pengecaman wajah di pintu perlepasan, tanpa anda perlu mempamerkan dokumen perjalanan.

Sebelum ini, sistem tersebut telah diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan kini bakal diperluaskan di lapangan terbang terpilih seperti KLIA2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teknologi ini secara tidak langsung memudahkan pengguna dan menjadikan AirAsia syarikat penerbangan pertama yang menawarkan perkhidmatan pengecaman wajah secara biometrik.

Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh mendaftar untuk menggunakan sistem FACES di kiosk terlebih dahulu. Sistem pendaftaran wajah FACES ini hanya dilakukan sekali sahaja mengikut tempoh sah pasport anda. Jika tempoh pasport anda tamat, anda perlu membuat pendaftaran FACES yang baru.

Sistem ini boleh dinikmati para penumpang tempatan dan antarabangsa AirAsia termasuk wanita mengandung yang berumur 18 tahun dan ke atas. Akan tetapi, pengguna yang membawa anak kecil, golongan yang menggunakan alat bantuan tambahan, dan individu di bawah umur yang terbang secara bersendirian harus menjalani sesi pemeriksaan seperti biasa.