Selepas berjaya menempa nama dalam industri penerbangan, kumpulan AirAsia nampaknya mahu melebarkan sayap mereka dengan memasuki sebuah lagi industri baharu buat syarikat ini iaitu indusri agrikultur dengan penyertaan e-commerce.

Menerusi platform yang dinamakan sebagai Ourfarm, platform ini sedia untuk menghubungkan petani dan nelayan kepada pengguna serta pemilik bisnes merangkumi pemilik rangkaian kedai makan dan restoran serta pengguna secara terus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, kehadiran Ourfarm dijangka dapat membantu petani dan nelayan menerima bayaran yang setimpal sekaligus mengurangkan kepada kebergantungan dan keuntungan yang tinggi terhadap penggunaan orang tengah.

photo6285064749817375277

Dalam erti kata lain, Ourfarm dijalankan sebagai usaha untuk mengurangkan harga bahan mentah yang boleh didapati pemilik bisnes dimana secara tidak langsung dapat menawarkan harga yang rendah buat pengguna.

Mengulas mengenai masa depan Ourfarm, platform ini dijangka bakal menawarkan sebuah gudang dimana bukan sahaja pemilik bisnes mampu mendapatkan bahan mentah, malah para pengguna juga berpeluang mendapatkannya secara atas talian.

Difahamkan Ourfarm juga bakal dijalankan dengan kerjasama bersama bantuan sistem kargo, logistik, sistem bayaran yang tersedia di AirAsia yang sekaligus dapat melancarkan penghantaran barangan mentah kepada pemilik bisnes dan pengguna. Bukan itu sahaja, platform ini turut dijalankan dengan hasil kerjasama TheLorry.com.

photo6285064749817375275

photo6285064749817375276

Menurut S Lalitha selaku CEO Ourfarm, platform ini kini mempunyai 45 petani berdaftar yang mampu menghantar bahan mentah dengan berat minimum 50kg setiap barangan sekitar Lembah Klang.

Nampaknya lebih mudah buat orang ramai serta pemilik bisnes untuk mendapatkan barangan mentah siap penghantaran dengan harga yang lebih rendah selepas ini.

AirAsia pada minggu lalu telah menawarkan pas penerbangan unlimited berharga RM399. Ketahui lebih lanjut mengenai tip dan trik untuk medapatkan tawaran berbaloi ini.

AirAsia Tawar Promosi Pas Penerbangan ‘Unlimited’ Berharga RM399 Bermula Esok

Tawar Promosi Luar Biasa, Ini Tip Dan Trik Guna Pas Penerbangan ‘Unlimited’ AirAsia