Syarikat kapal terbang tambang murah terkenal AirAsia hari ini mereka mengumumkan akan memberikan tiket penerbangan percuma selama setahun melalui siaran langsung di Facebook page mereka.

Peraduan ini akan berlangsung selama satu jam iaitu pada pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Selain tiket percuma terdapat hadiah cenderamata istimewa iaitu tandatangan khas dari bekas pemain bola sepak Brazil Roberto Carlos yang sekarang merupakan duta Air Asia.

Antara akan ada dalam siaran langsung ini Tony Fernandes bos besar AirAsia, Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach, Neelofa dan akhir sekali Nabil Ahmad sebagai host untuk siaran langsung peraduan ini.

Untuk memenangi tiket percuma anda hanya perlu menjawab tiga soalan yang akan diberikan semasa siaran langung ini dan pemenang akan diumumkan pada akhir siaran. Selain itu, barangan rasmi edisi khas AirAsia turut akan diberi kepada penonton ‘live’ Facebook malam ini.

Kepada anda kaki travel yang mahu terbang percuma selama setahun ke semua destinasi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadi terus ke laman Facebook AirAsia pada jam 8.00 malam ini.

Photo 1