Syarikat penerbangan AirAsia Malaysia dijangka akan menjadi syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara tahun hadapan berikutan rekod prestasi syarikat penerbangan tersebut. Perkembangan syarikat AirAsia itu dilihat dari segi trafik penumpang, pengembangan jarak dekat yang agresif dan penambahan pesawat baharu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Operasi AirAsia di Malaysia juga dijangka mencatatkan pengembangan kapasiti dua angka pada tahun depan kerana syarikat itu akan menambah sehingga enam pesawat termasuk Airbus A321neo yang pastinya akan menambah kapasiti tempat duduk.

7 AirAsia A330_1(1)

Pastinya AirAsia boleh mengatasi syarikat penerbangan Lion Air Indonesia kerana syarikat tersebut tidak menunjukkan perkembangan yang positif. Jika dilihat, trafik penumpang di Lion Air telah menurun sejak mencapai puncak sebanyak 36 juta pada tahun 2015, manakala trafik penumpang AirAsia Malaysia meningkat hampir 50 peratus sejak tahun 2014.

Ini merupakan perkembangan yang sangat positif dan pastinya jika AirAsia menjadi syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Malah, akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi pelancongan Malaysia. Tahniah AirAsia!

Sumber