Jika sebelum ini AirAsia hanya dikenali sebagai syarikat penawaran penerbangan kos rendah, pada hari ini AirAsia telah meluaskan lagi jaringan bisnes mereka dengan memasuki bidang kewangan dengan penawaran aplikasi dompet digital tersendiri yang dikenali sebagai ‘BigPay’.

Pengumuman ‘BigPay’ ini telah diumumkan sendiri oleh CEO AirAsia, Tan Sri Anthony Francis “Tony” Fernandes melalui laman Twitter. Lebih meyakinkan apabila beliau berpendapat BigPay bakal menjadi lebih besar daripada AirAsia.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/952707645596606465

Tambahnya lagi, beliau berpendapat penawaran BigPay bakal menyelesaikan masalah melibatkan kekurangan tunai ketika ingin membuat pembayaran melibatkan produk yang ditawarkan AirAsia.

Meskipun BigPay masih diperingkat permulaan, hasrat Tan Sri Tony Fernandes untuk memperluaskan penggunaan BigPay tampak positif dengan penggunaan 63 juta data pengguna melalui syarikat AirAsia.

Sumber: Lowyat

Tahniah AirAsia dan Tan Sri Tony Fernandes atas penawaran teknologi inovatif ini dalam negara kita. Kami harap BigPay mampu menjadi pilihan utama pengguna dalam industri dompet digital selepas beberapa syarikat lain turut menjalakan modus operandi yang hampir sama.

Buat anda yang berminat untuk menjadi pengguna terawal aplikasi BigPay, anda boleh memuat turun aplikasi BigPay terus ke telefon pintar anda khusus buat Android dan iOS. Malah, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10. Selamat mencuba!

Sumber