Penerbangan pertama AK411 AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Antarabangsa Silangit yang menjadi laluan utama ke lokasi pelancongan terkenal, Danau Toba telah berlepas pagi semalam.

Seramai 120 penumpang terawal telah menyertai penerbangan yang mengambil masa 80 minit tersebut disambut dalam satu acara sederhana oleh petugas di lapangan terbang tersebut. Danau Toba yang menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘Bali Baru’ dijangka dapat merancakkan lagi sambutan dan tempahan laluan ini.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata penerbangan langsung ini akan memudahkan perjalanan pelancong dari Kuala Lumpur terus ke Silangit. Tambahnya lagi pihak AirAsia akan terus komited untuk mempromosikan kawasan-kawasan perlancongan di negara tersebut.

capture-20181029-101639

Anda boleh menempah terus tiket ke Silangit melalui laman web AirAsia atau melalui aplikasi di telefon pintar anda. Tiket boleh didapati dengan harga promosi serendah RM64 sahaja.