AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia buat kali
kesembilan berturut-turut akan memperkenalkan penerbangan harian ke Nha Trang, Vietnam dari Kuala Lumpur bermula 14 September ini.

Dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia (dengan kod penerbangan AK), laluan baharu yang unik ini merupakan laluan keempat AirAsia ke Vietnam, yang akan membawa para tetamu menerokai permata tersembunyi negara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi meraikan laluan baharu ini, para tetamu boleh menempah harga promosi tambang termasuk semua dari RM99 sehala mulai 4 Julai 2017 hingga 9 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan dari 14 September 2017 hingga 28 Ogos 2018. Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone atau Android untuk menikmati tambang promosi ini.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia berkata, “Tahun ini kami akan terus memacu visi Asean ke hadapan seiring dengan inisiatif Tahun Melawat Asean@50. Kami juga berbesar hati untuk meluaskan rangkaian kami dengan memperkenalkan laluan ke-54 dari Malaysia ke satu lagi destinasi menarik di rantau ini.”

Beliau menambah, “Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang akan terbang terus ke Nha Trang dari Malaysia, pengenalan laluan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para tetamu untuk meneroka bandar ini, tetapi juga memberi akses kepada penduduk dari Wilayah Khánh Hòa untuk terbang ke lebih dari 120 destinasi AirAsia di seluruh Asia. Kami juga akan menghubungkan 14 laluan Fly-Thru sempena
pembukaan laluan ini, bagi melancarkan perjalanan para tetamu kami ke destinasi Asean ini.”

Para tetamu boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan sambungan Fly-Thru di mana bagasi berdaftar mereka akan dihantar terus ke destinasi terakhir tanpa perlu melalui pelepasan imigresen di hab transit. Perkhidmatan tambahan ini melancarkan penerbangan para tetamu ke Nha Trang dari 14 bandar serata Asia dan Australia seperti dari Johor Bahru, Pulau Pinang, Singapura, Jakarta, Guangzhou, Shenzhen, Chengdu, Changsha, Xi’an, Wuhan, Melbourne, Gold Coast, Sydney, atau Perth melalui Kuala Lumpur.

AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Vietnam termasuklah Ho Chi Minh City, Da Nang, dan Hanoi.