Syarikat tambang murah AirAsia telah memperkenalkan pusat kawalan digital Lapangan Terbang Antarabangsa pertama di Malaysia semalam. Keseluruhan operasi kawalan digital ini akan diuruskan oleh Ground Team Red Sdn Bhd (GTR AirAsia).

Pusat kawalan digital ini akan membantu dalam operasi pengendalian darat yang menyasarkan kendalian setiap pesawat dalam masa 25 minit sahaja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes proses kemasukan pintu menggunakan telefon pintar oleh kakitangan di lapangan terbang mampu menjimatkan masa dan menjamin kelancaran proses penerbangan tepat pada masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, pusat kawalan ini juga akan membantu dalam pengurusan bagasi dan kargo milik penumpang sekaligus membantu dalam mengawalselia had muatan untuk keselamatan pesawat. Usaha mendigitalkan operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf operasi pengendalian darat syarikat tersebut.

Sumber