Syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia baharu sahaja memperkenalkan menu dalam penerbangan baharu yang dikenali sebagai INSPI(RED) Burger. Burger hasil kolaborasi dengan seorang chef terkenal, Chef Hong Thaimee untuk mengolah burger yang berasal dari Thailand itu. Untuk pengetahuan, kempen ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh pihak AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengenalan menu baharu ini adalah sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran AIDS. Pemilihan Chef Hong Thaimee sebagai ikon kempen ini amatlah bertepatan memandangkan beliau sememangnya bergiat aktif dalam kempen-kempen kesedaran AIDS yang sedia ada.

Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai HIV/AIDS kepada penumpang tetapi juga untuk membantu usaha untuk mengumpul dana. 10% daripada jualan setiap burger akan disumbangkan kepada Dana Global bagi menyokong program HIV/AIDS di ASEAN.