AirAsia tampil dengan menu baharu iaitu Chef Hong Korean Sweet & Spicy Chicken atau dikenali dakgangjeong yang pastinya akan membuat anda terliur. AirAsia berkolaborasi dengan personaliti TV dan pengusaha restoran terkemuka Korea, Chef Hong Seok-Cheon mengetengahkan menu ini.

Menariknya menu ini, ia dihidangkan bersama nasi putih dan sayuran. Malah, ketulan isi ayam lembut yang bersalut tepung rangup dengan sos manis dan pedas Korea pastinya akan membangkitkan selera anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia:vckt2

poster:vckt

Harga bagi menu baharu tersebut adalah RM10 sahaja disertakan minuman percuma untuk penerbangan AirAsia dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X ke semua destinasi AirAsia. Walaubagaimanapun, hidangan ini tidak tersedia di penerbangan AirAsia India dan Jepun.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan dakgangjeong yang lazat ini oleh Chef Hong dalam penerbangan AirAsia. Adalah diingatkan untuk membuat tempahan awal untuk menikmati lebih penjimatan dalam pesawat.