Buat tahun ke-11 AirAsia masih megah mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia. AirAsia turut menerima pengiktirafan sebagai syarikat penerbangan tambang murah di Asia dan AirAsia X pula dinobatkan sebagai penerbangan kos rendah kabin premium terbaik di dunia. Pengiktirafan ini sekaligus melayakkan AirAsia untuk menduduki tempat ke-20 syarikat penerbangan terbaik di dunia.

Kesemua pengiktirafan ini diterima dalam anugerah berprestij bidang penerbangan, Skytrax World Airline Awards 2019. Bersempena dengan kejayaan ini, AirAsia kini memanjangkan tempoh AirAsia BIG Sale hingga Ahad ini. Tempah sekarang untuk penerbangan 1 November ini hinnga 8 september 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

airasia sale

Malaysia Airlines juga mendapat pengiktirafan sebagai syarikat penerbangan dengan peningkatan prestasi terbaik di Asia oleh Skytrax. Kini, Malaysia Airlines berada pada kedudukan ke-36 syarikat penerbangan terbaik di dunia. Qatar Airlines berjaya memintas Singapore Airlines sebagai syarikat penerbangan terbaik untuk tahun ini.