Tahniah diucapkan buat AirAsia selepas syarikat penerbangan kos rendah ini berjaya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM1.09 bilion sepanjang tiga bulan pertama beroperasi pada tahun ini.

Keuntungan yang diperoleh ini jelas menunjukkan angka yang positif selepas syarikat ini berjaya memperoleh RM584.25 juta pada Q1 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia-X

Dari segi perkembangan syarikat ini di negara luar, AirAsia Thailand turut menunjukkan peningkatan yang positif selepas berjaya memperoleh kadar keuntungan bersih mencecah ฿1.89 billion (~RM240 juta) sepanjang Q1 2018.

Mengulas mengenai kadar keuntungan yang diperoleh Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia komited untuk memberikan yang terbaik buat pengguna bagi meningkatkan lagi kadar keuntungan. Penekanan dari segi kos antara yang dititikberatkan bagi mengurangkan kerugian yang dibuat syarikat ini.

19538459

Tahniah diucapkan buat AirAsia. Anda berjaya membuka peluang buat orang ramai terbang dengan kos penerbangan yang rendah. Semoga lebih banyak promosi dan tawaran menarik ditawarkan buat pengguna pada masa akan datang.

Sumber