Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menambah penerbangan untuk laluan domestik terpilih berikutan jumlah permintaan yang banyak. Tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei untuk tawaran tambang tetap juga dilanjutkan kepada 7 Mei.

AirAsia akan mengendalikan sebanyak 120 penerbangan tambahan termasuk 20 pesawat Airbus A330 yang mempunyai 377 tempat duduk dalam tempoh tarikh tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambang tetap perjalanan sehala masih dikekalkan seperti sebelum ini iaitu RM99 untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia, RM129 untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak dan RM199 untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah. Tambang ini sah untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

semenanjung
Laluan Semenanjung Malaysia
sarawak
Laluan Semenanjung-Sarawak
sabah
Laluan Semenanjung-Sabah