AirAsia Saiyan mengambil tindakan menarik diri daripada Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2018 selepas layak ke pusingan separuh Akhir semalam.

Ianya sebagai langkah protes terhadap pihak penganjur, RevivalTV yang tidak memberikan slot separuh akhir kepada pasukan AirAsia Saiyan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“RevivalTV menarik balik keputusan mereka untuk memberikan slot separuh akhir kepada AirAsia Saiyan selepas mendapat bantahan keras daripada pasukan Aerowolf Pro Team. Mereka meminta kami bermain satu perlawanan sebelum sah ke slot separuh akhir.

“Kami dengan pendirian teguh, percaya bahawa slot separuh akhir MSC adalah milik kami berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani antara pihak kami dan pihak RevivalTV pada 24 Julai lalu,” kata AirAsia Saiyan.

Menurut AirAsia Saiyan lagi, pihak penganjur menjelaskan bahawa pasukan Aerowolf telah menandatangani kontrak yang berbeza dengan mereka pada 3 Julai 2018 semasa sidang media MSC 2018. Kontrak Aerowolf adalah dalam bahasa Indonesia dan mereka juga menunjukkan buku peraturan pertandingan yang baharu yang ditandatangani oleh pasukan Aerowolf dan RevivalTV.

Oleh itu, terdapat dua kontrak yang berbeza di antara pasukan yang terlibat dengan pertandingan MSC 2018, dan selepas perbincangan yang telah berlangsung selama 2 jam, cadangan untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengadakan satu match Best-of-1 di antara ASYN dan AERO untuk slot separuh akhir – dan sekiranya AirAsia Saiyan menolak cadangan tersebut, mereka akan secara rasmi ‘disqualified’ daripada MSC 2018.

Kejohanan MSC yang berlangsung sejak 27 Julai lalu disertai 10 pasukan terbaik Asia Tenggara serta menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000. Razali Andi Alfian ‘Gripex’ Firman, Herwin ‘Rush’ Baharuddin, Abdul Wandi, ‘Logan’ Abdul Kadir, Sofian ‘Penjahat’ Sultan dan Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria dan Ahmad Fuad ‘Fredo’ merupakan ahli pasukan AirAsia Saiyan.

Ada yang berpendapat perkara ini sudah dirancang sejak mula supaya pasukan dari Indonesia ini akan berada di peringkat final. AirAsia Saiyan juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak RevivalTV atas dasar perbezaan kontrak yang ditandatangi di antara pihak ASYN, AirAsia Saiyan dan RevivalTV.

Apa pun AirAsia Saiyan sudah buat yang terbaik dan semua yang berlaku adalah ralat daripada pihak penganjur sendiri. Keadilan pasti akan ditegakkan kelak.

Sumber