AirAsia menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan hari ini di Malaysia, dan akan diikuti oleh Thailand (1 Mei 2020), Filipina (16 Mei 2020), dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan oleh kerajaan.

Perkhidmatan ini akan berjalan dengan kawalan kesihatan yang ketat dan mengamalkan protokol penjarakan sosial.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Penyambungan semula penerbangan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun dalam satu temubual berkata fleksibiliti merupakan kunci model perniagaan AirAsia. Asas yang kukuh dan hubungan erat dengan pembekal dan rakan seperjuangan membolehkan AirAsia kembali terbang dengan semangat yang lebih kuat dalam masa yang mencabar ini.

“AirAsia bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan.

“Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.

“Kami menasihatkan para tetamu untuk memakai topeng muka dan mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri di tahap tertinggi.

“Semua pesawat kami yang dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Kamaruddin turut menambah bahawa AirAsia sedang dalam usaha untuk mempelbagaikan pendapatan dalam situasi pandemik COVID-19. Mereka dilaporkan telah mengembangkan perniagaan digital dan sampingan seperti Santan, Teleport dan BigPay.

Tambahan daripada itu, selain menawarkan perkhidmatan bawa pulang, Santan juga telah melancarkan perkhidmatan pandu-lalu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam tempoh kawalan pergerakan.

Untuk berita lebih lanjut mengenai AirAsia, klik pautan di bawah.

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

Derma Dengan Ikhlas, Inisiatif AirAsia Bantu Mereka Yang Memerlukan Ramadan Ini

Tidak Setuju Dengan Kredit Penerbangan, Netizen Mahu AirAsia Berikan ‘Full Refund’

Anda Mungkin Suka