Setakat ini, AirAsia dilaporkan telah menyelesaikan lebih 90 peratus bayaran balik kepada penumpangnya. Malah, lebih banyak bayaran balik dalam masa beberapa bulan akan datang dijangka dapat dilaksanakan walaupun industri penerbangan berdepan masalah kewangan akibat COVID-19.

Menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Bhd), Tan Sri Tony Fernandes berkata ia dianggap pencapaian yang luar biasa kerana dapat dicapai tanpa sebarang sokongan kewangan daripada kerajaan dan melibatkan jumlah besar berbanding syarikat penerbangan lain kerana AirAsia telah membawa kira-kira 90 juta penumpang sebelum penularan COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, syarikat penerbangan itu melihat sokongan padu di mana ia telah mencapai prestasi di luar jangkaan dalam kebanyakan pasaran domestik walaupun wujud rungutan.

“Bayaran balik akan dilakukan apabila penerbangan disambung semula. Di Malaysia, mungkin dalam tempoh beberapa bulan dan Filipina dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Malah, pelanggan AirAsia X juga akan mendapat baucar apabila syarikat penerbangan itu kembali beroperasi sebagai langkah syarikat penerbangan untuk bertindak adil kepada pelanggannya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Siap Boleh Panggil Sayang’- Pakej Kejut Sahur Dijual Di Shopee Serendah RM2 Khas Untuk Anda Yang Bujang

Bengang Penyakit Isteri Jadi ‘Bahan Gurauan’, Will Smith Tampar Chris Rock Di Anugerah Academy

Sumber