Sebut mengenai AirAsia, pasti ramai yang cukup kenal dengan syarikat penawar penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan ramai ini. Walau bagaimanapun, syarikat ini nampaknya semakin rancak dalam membangunkan aplikasi mereka iaitu airasia super app.

Hadir dengan pelbagai fungsi, airasia super app baru-baru ini nampaknya sedia menambah fungsi kesihatan pada aplikasi ini menerusi kerjasama bersama Naluri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, Naluri merupakan penyedia perkhidmatan kesihatan digital yang terbukti secara klinikal membantu pengguna dalam memulakan gaya hidup lebih sihat.

Naluri-HeroBanner-Mobile (2)

Naluri Food Journal menjadikan penjejakan kalori makanan lebih mudah dengan hanya memuat naik gambar makanan anda. Bukan seperti catatan tradisional, Naluri memberikan penilaian makanan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan serta nasihat pemakanan dan diet daripada pasukan Naluri yang terdiri daripada pakar berdaftar.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi yang ditawarkan, anda boleh muat turun aplikasi airasia super app menerusi App Store dan juga Google Play.

Tular pada hari ini apabila Chatime dikatakan cuba backup Neelofa yang berlepas ke Langkawi sekaligus membuatkan para netizen bengang selepas mendapati tiada pembukaan cawangan seperti yang didakwa.

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Baru Sahaja Seminggu ‘Borong’ Saham Berjaya, Jalil Rasheed Kini Raih Keuntungan RM8.4 Juta