Syarikat tambang murah terbaik dunia, AirAsia komited untuk memberi sokongan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan memberi tajaan RM1 juta untuk penerbangan pemain kebangsaan menjelang 2020.

Pemain kebangsaan yang akan berentap pada kejohanan serantau tahun hadapan bakal menjadi antara pemain yang terawal untuk menikmati tajaan ini. Menurut kenyataan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamaruddin Meranun tajaan ini membantu mengurangkan kos perbelanjaan pemain kebangsaan sekaligus untuk meningkatkan prestasi para pemain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tajaan penerbangan ini merupakan salah satu kempen #DARETODREAM AirAsia untuk merealisasikan impian sekaligus sebagai sokongan kepada atlet negara. Tajaan ini bukan sahaja melibatkan badminton bahkan juga pemain badminton tetapi juga jaguh berbasikal Azizulhasni Awang, atlet bina badan, Faiz Ariffin dan pemain bowling wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.