AirAsia kini telah mengumumkan keputusan untuk menarik penjualan tiketnya secara kekal daripada Traveloka iaitu ejen tempahan tiket dalam talian. Keputusan tersebut diambil berikutan ketiadaan penerbangan dari AirAsia Indonesia di laman Traveloka telah menjejaskan kerjasama syarikat berkenaan dengan Traveloka.

Menurut Pengarah Presiden AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan, pihak Traveloka tidak memberikan penjelasan rasmi mengapa ketiadaan penerbangan dari AirAsia Indonesia dalam Traveloka buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Malah, pihak Traveloka juga mengamalkan sikap pilih kasih berikutan ketiadaan beberapa penerbangan AirAsia Indonesia dan mencadangkan pelanggan untuk memilih penerbangan lain di media sosial.

Pengurusan AirAsia telah menarik serta merta semua jualan tiket penerbangan mereka. Kini anda disarankan untuk membuat tempahan tiket melalui laman web rasmi AirAsia atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Pihak Traveloka menjelaskan bahawa ketiadaan penerbangan AirAsia di laman web disebabkan oleh sistem syarikat penerbangan tambang murah itu tergendala selama 13 jam. Akan tetapi, kejadian berkenaan berlaku pada 14 hingga 17 Februari lalu sementara insiden kedua pula berlaku pada 2 Mac lalu tanpa sebarang penjelasan walapun sistem AirAsia sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Anda Mungkin Suka