Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, banyak peniaga kecil yang terkesan kerana tidak dapat berniaga seperti biasa. Oleh itu, AirAsia mengambil inisiatif untuk membantu peniaga tempatan untuk menggunakan platform e-dagang AirAsia di OURSHOP.

Difahamkan, AirAsia tampil dengan kempen Save Our Shops dimana dapat membantu peniaga tempatan terutama sekali peniaga kecil dengan menyediakan platform dan infrastruktur yang tepat. Malah, produk yang dijual melalui OURSHOP akan dihantar melalui Teleport iaitu cabang logistik AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengerusi AirAsia Group Bhd (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun, berkata menerusi kempen itu, ia akan menggunakan sumber yang dimiliki termasuk platform e-dagangnya, OURSHOP bagi membolehkan peniaga memasarkan produk mereka.

Menariknya, peniaga yang ingin mendaftar melalui kempen ini tidak akan dikenakan komisen dan tiada fi penyenaraian untuk memasarkan produk mereka di OURSHOP sepanjang bulan April. Walau bagaimanapun, peniaga bertanggungjawab ke atas caj transaksi perbankan sebanyak 2% untuk setiap jualan dibuat.

Jika anda berminat untuk pasarkan produk anda di OURSHOP, anda boleh mendaftar di laman sesawang ini. Disebabkan sekarang PKP masih lagi dijalankan, anda yang teringin nikmati hidangan dalam penerbangan AirAsia, bolehlah beli dan nikmati makanan tersebut dengan beli di Restoran Santan.

https://www.instagram.com/p/B-hKNiIprni/

Buat anda yang berada di Lembah Klang, kini makanan di Restoran Santan boleh dibeli secara atas talian dan akan dihantar di depan pintu rumah anda. Jika bernasib baik, CEO AirAsia X sendiri akan hantar kepada anda. Tunggu apa lagi?

Baca artikel berkaitan peniaga yang terkesan berikutan COVID-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia pada pautan di bawah ini.

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’, Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung