Sempena kerjasama AirAsia bersama Kementerian Republik Indonesia baru-baru ini, Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia kini sedang menawarkan harga eksklusif untuk penerbangan ke Indonesia dengan diskaun sehingga 50%. Peluang ini boleh direbut di Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya dari 10 pagi hingga 10 malam. Sah sehingga 22 hingga 24 September 2017.

AirAsia menghubungkan Malaysia dengan Indonesia melalui lebih daripada 350 kali penerbangan seminggu ke Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar, dan Yogyakarta. AirAsia juga menawarkan laluan unik seperti Kuching-Pontianak, Kuala Lumpur-Semarang, Kuala Lumpur-Solo, Kuala Lumpur-Makassar, dan lain-lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain beroperasi dari hab utamanya di Kuala Lumpur, syarikat penerbangan itu juga menerbangkan para tetamu dari Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching ke Indonesia dan baru-baru ini telah menambah lebih banyak kekerapan ke beberapa laluan untuk memenuhi permintaan perjalanan yang kian meningkat untuk Indonesia dan Malaysia.

Terdapat juga persembahan khas dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk para pengunjung di Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017. Rakan-rakan niaga AirAsia seperti AirAsia BIG dan AirAsiaGo, serta agensi pelancongan lain juga akan mengambil bahagian dalam pameran ini untuk menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang hebat.