Hujung tahun pastinya banyak tawaran gila-gila yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat. Tidak terlepas juga syarikat AirAsia apabila menawarkan satu kejutan promosi untuk anda di luar sana.

Terbaharu, airasia.com telah melancarkan AirAsia Deals iaitu satu tawaran pakej gaya hidup dengan nilai lebih hebat untuk lebih penjimatan dimana anda boleh menikmati lebih daripada 80 tawaran gaya hidup yang terdiri daripada makanan dan minuman, kecantikan dan perkhidmatan melalui geo-lokasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan menggunakan airasia.com, anda boleh dapatkan promosi serendah RM20 atau anda boleh menggunakan 2,500 mata ganjaran BIG untuk pas 90 hari. Harga yang ditawarkan sudah murah, tetapi ada yang lebih istimewa kerana anda boleh dapatkan tawaran ini dengan hanya RM1 sahaja bermula tengah malam ini iaitu selama 24 jam sahaja.

photo_2019-12-17_17-03-58

Rugi jika anda tidak merebut peluang ini. Menurut tinjauan kami, anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran hebat seperti beli 1 minuman Tiger Sugar percuma 1, rawatan muka percuma dan banyak lagi.

Difahamkan, tawaran luar biasa ini hanya terhad di kawasan Kuala Lumpur sahaja. Tawaran seperti ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa dan dijangkakan pada tahun hadapan akan diperluaskan sehingga ke Pulau Pinang, Singapura dan Thailand.

Jika anda berminat untuk merebut peluang hebat ini, anda boleh dapatkan melalui laman sesawang airasia.com atau klik sahaja di sini.

Pastikan anda membuat pembayaran menggunakan kad BigPay anda kerana anda pasti akan dapatkan lebih banyak penjimatan dan kelebihan. Tiada BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Tahukah anda bahawa kini anda boleh ke Madrid dengan membuat tempahan di airasia.com? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Tawarkan Tiket Promosi Serendah RM99 Ke Madrid

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia