Ini masanya untuk anda yang sudah ‘burnout’ di tempat kerja atau tempat belajar pergi melancong untuk mencari aura positif dan ketenangan. Risau tiket penerbangan mahal? Kami ada berita baik untuk anda di luar sana.

Kali ini AirAsia perkenalkan promosi yang bagi kami cukup luar biasa khas untuk ahli Big di Malaysia. Mana tidaknya, hanya bayar RM499 anda boleh mendapatkan pas penerbangan tanpa had ke destinasi pilihan anda tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Betul, anda tidak salah baca kerana promosi yang baru ditawarkan oleh AirAsia ini memang tidak masuk akal. Anda boleh terbang ke Australia, Jepun, Korea, China dan India pada bila-bila masa tanpa had dalam tempoh setahun bermula 2 Mac 2020 hingga 2 Mac 2021.

Mudah sahaja untuk anda dapatkan pas perjalanan tanpa had ini, anda boleh beli pas ini di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 7 Mac 2020. Tempahan penerbangan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh berlepas, tertakluk pada terma dan syarat yang boleh didapati di sini.

Lebih mudah jika anda membuat pembayaran menggunakan dompet digital AirAsia iaitu BigPay. Anda yang belum ada kad BigPay boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Sementara itu, apa kata baca tip untuk menjadikan penerbangan bersama AirAsia lebih selesa pada pautan di bawah ini.

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Anda Mungkin Suka