Penularan wabak pandemik COVID-19 memberi kesan kepada banyak industri terutamanya industri pelancongan. Malah, kempen Visit Malaysia 2020 juga terpaksa dibatalkan disebabkan wabak tersebut.

Berikutan kes jangkitan telah berkurangan di negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan telah dilaksanakan dan rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri serta melancong. Ambillah kesempatan ini untuk bercuti dalam Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini AirAsia perkenalkan promosi luar biasa khas untuk ahli Big di Malaysia pasti buat anda tersenyum gembira. Mana tidaknya, hanya bayar RM399 dan anda boleh mendapatkan pas penerbangan tanpa had ke destinasi domestik pilihan anda tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain.

AirAsia+Unlimited+Pass+Cuti-Cuti+Malaysia+-+BM

Anda boleh terbang ke 16 destinasi di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan pada bila-bila masa tanpa had bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

AirAsia+Unlimited+Pass+Cuti-Cuti+Malaysia+-+Destinations+-+Edited

Tawaran tidak masuk akal AirAsia ini haruslah direbut anda untuk terokai semua destinasi pelancongan dalam Malaysia. Mudah sahaja untuk anda dapatkan pas perjalanan tanpa had ini dengan dapatkan di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula esok sehingga 13 Jun 2020.

Tempahan penerbangan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh berlepas, tertakluk pada terma dan syarat yang boleh didapati di sini.

P/s: Lebih mudah jika anda membuat pembayaran menggunakan dompet digital AirAsia iaitu BigPay. Anda yang belum ada kad BigPay boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Sudah ada destinasi dan tiket penerbangan, pastinya cari tempat penginapan pula kan. Kami kongsikan beberapa tempat penginapan yang mungkin anda suka pada pautan di bawah ini.

5 Hotel Mewah Tetapi ‘Murah’ Di Melaka

‘Check-In’ Hotel, Ini Langkah Pencegahan COVID-19 Yang Perlu Anda Lakukan

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah