Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dan AirAsia, syarikat penerbangan terbaik dunia, telah memeterai kerjasama untuk memacu sektor pelancongan dengan mempromosikan Indonesia di Malaysia melalui laluan syarikat penerbangan tersebut yang luas merangkumi kepulauan Indonesia.

Kerjasama itu dimeterai dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Judi Rifajantoro, Staf Khusus Menteri Pelancongan Infrastruktur, Kementerian Pelancongan Republik Indonesia; Robert D. Waloni, Penasihat Kanan Menteri Pelancongan dalam Bidang Kemudahan Udara, Kementerian Pelancongan Republik Indonesia; Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; dan Rifai Taberi, Pengarah Komersial AirAsia Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Menerusi kerjasama bagi kempen media yang telah kami umumkan hari ini, kami berharap AirAsia akan membawa lebih ramai pelancong ke Indonesia agar lebih ramai pelancong terutamanya rakyat Malaysia dapat melihat keindahan Indonesia melalui rangkaian luas AirAsia. Kerjasama ini merupakan titik pertama dalam perancangan kami untuk terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan para komunit” kata Judi Rifajantoro.

IMG_001

AirAsia menghubungkan Malaysia dengan Indonesia melalui lebih 350 kali penerbangan seminggu ke 15 bandar berlainan seperti Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar, dan Yogyakarta. Syarikat penerbangan tersebut juga telah menambah kekerapan ke beberapa laluan di Indonesia baru-baru ini dan telah melancarkan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari kedua-dua negara.

Sempena kerjasama tersebut, AirAsia menawarkan promosi untuk penerbangan ke Indonesia dengan tambang bermula dari RM79* untuk tempahan bermula 1 Ogos 2017 hingga 6 Ogos 2017 untuk tempoh penerbangan segera hingga 25 Februari 2018. Layari airasia.com atau tempah melalui aplikasi mudah alih AirAsia menerusi peranti iPhone atau Android untuk menikmati tambang istimewa tersebut.

Sudahkah anda memilih destinasi yang ingin anda kunjungi? Tempah segera bersama AirAsia untuk menikmati promosi istimewa dengan klik di sini.