Menyambut baik pengumumam membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri dan daerah kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), AisAsia telah mengumumkan promosi hebat untuk pelanggan setianya.

Mana tidaknya, AirAsia Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula hari ini untuk penerbangan domestik. Untuk pengetahuan anda, tawaran harga tersebut boleh ditebus untuk perjalanan bermula 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.

Tambahnya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

AirAsia turut berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu. Anda boleh membuat tempahan anda di laman sesawang AirAsia sekarang.

Untuk lebih mudah, anda boleh membuat pembayaran menggunakan BigPay. Bagi anda yang belum memiliki BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal codeini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan industri pelancongan pada pautan di bawah ini.

Penat Kerja Dari Rumah, Ini 5 Hotel Di Kuala Lumpur Tawar Pakej ‘Work From Hotel’ Serendah RM19

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?