Ye anda tak silap baca. Dengan tambang serendah 59 sen sehala, kini anda boleh terbang ke mana-mana destinasi percutian idaman yang terdapat dalam laluan penerbangan AirAsia.

Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 59 pada tahun ini, AirAsia dan AirAsia X menawarkan harga promosi serendah 59 sen sehala bermula Isnin (esok 22 Ogos) sehingga 28 Ogos 2016.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tempahan dengan harga promosi ini boleh dibuat di laman web rasmi AirAsia.com serta melalui aplikasi mudah alih AirAsia (ie AirAsia Apps).

air-asia-2

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh AirAsia hari ini, tambang 59 sen sehala ini adalah tambang asas, tidak termasuk cukai dan fi bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.

“Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan,” kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Untuk pengetahuan, promosi dengan harga serendah 59 sen sehala ini adalah untuk tempoh penerbangan dari 23 Ogos 2016 – 9 Mac 2017.

Pasti ramai pemburu tiket akan berjaga pada malam ini. Tambang 59 sen sehala memang berbaloi untuk di kejar. Mungkin 13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas ini boleh anda gunakan untuk promosi merdeka AirAsia kali ini.

Dan ini 7 Sebab Kenapa Anda Patut Ikut Rapat AirAsia Setiap Masa.