AirAsia tahu pasti ada yang masih belum membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman hari raya ini. Tetapi tidak perlu risau kerana AirAsia menawarkan penerbangan lewat malam istimewa balik Raya untuk memenuhi permintaan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Anda boleh pulang beraya dengan tambang rendah tetap RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching, bermula dari 12 hingga 19 Jun 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Selalunya tambang akan naik apabila permintaan meningkat. Tetapi, kami ingin memastikan rakyat Malaysia dapat pulang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan orang yang tersayang. Kami mendengar permintaan rakyat untuk penerbangan tambang rendah, justeru kami berbesar hati untuk mengumumkan penerbangan tambahan dengan tambang tetap RM99* untuk laluan terpilih di Semenanjung Malaysia dan RM149* untuk laluan antara Kuala Lumpur dan Kuching.”

“Selain itu, pada bulan lepas kami telah menambah 43 kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching untuk Hari Raya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang terlibat terutamanya Malaysia Airports Holding Berhad atas sokongan mereka,” tambah beliau.

Penerbangan Balik Raya istimewa ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. Anda boleh rujuk tarikh dan masa perjalanan di bawah.

AirAsia Raya 1

AirAsia Raya 2

Para tetamu yang akan membuat perjalanan di musim perayaan ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Jadi apa tunggu lagi? Sudah boleh check laman web AirAsia untuk beli tiket anda sebelum terlambat. Menangis di pagi raya anda nanti.