Ini berita baik buat anda yang masih belum membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan yang bakal tiba. AirAsia menawarkan penerbangan lewat malam istimewa untuk anda balik ke kampung halaman bagi memenuhi permintaan perjalanan sempena Pesta Menuai dan Hari Raya Aidilfitri.

Anda kini boleh pulang ke kampung halaman dengan tambang rendah tetap RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan RM149 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, dan RM199 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tawaran itu tersedia bagi perjalanan antara 31 Mei dan 17 Jun 2019 dan AirAsia juga menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak bagi perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia telah menyediakan lebih 115,000 tempat duduk tambahan dalam tempoh perayaan itu. Anda boleh rujuk tarikh dan masa perjalanan di bawah.

Screenshot 2019-04-30 at 8.37.39 PM

Screenshot 2019-04-30 at 8.37.52 PM

Pembelian tiket penerbangan boleh dilakukan secara atas talian atau melalui aplikasi AirAsia. Ini saatnya untuk anda membeli tiket agar dapat beraya di kampung halaman. Jangan tunggu lama-lama.