Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi, AirAsia nampaknya turut melancarkan promosi terbaru buat semua pelanggan.

Menerusi promosi Hari Merdeka ini, anda berpeluang menikmati diskaun sebanyak 20% untuk semua penerbangan. Selain itu, promosi ini turut ditawarkan meliputi pemilihan tempat duduk serta tempahan hotel.

Tempoh tempahan bagi promosi terhad ini telah pun bermula sehingga 1 September 2019 dimana tempoh penerbangan bermula daripada 2 September sehingga 19 November 2019. Anda boleh menempahnya menerusi laman rasmi AirAsia atau menerusi aplikasi AirAsia di telefon pintar.

Selain itu, pihak AirAsia tahun ini tampil dengan iklan yang lebih epik sempena Hari Kemerdekaan Malaysia menampilkan Perdana Menteri, Tun Mahathir serta sasterawan negara, Dato Sri A Samad Said. Anda boleh menontonnya dengan klik video di bawah.

Tahukah anda bermula Oktober ini, AirAsia tidak lagi mengenakan caj pemprosesan untuk tempahan penerbangan? Ketahui dengan lebih lanjut dengan klik pautan dibawah.

Tiada Lagi ‘Yuran Pemprosesan’ Ketika Membeli Tiket Penerbangan AirAsia Mulai Oktober Ini