Nama AirAsia tidak perlu lagi diperkenalkan kerana syarikat penerbangan tambang murah ini memang menjadi pilihan ramai orang.

Terbaharu, kumpulan AirAsia tampil dengan satu inovatif dengan menjual tiket bagi syarikat penerbangan lain melalui laman web airasia.com dan pastinya ini satu transformasi yang akan memudahkan pengguna membuat pilihan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pelanggan kini boleh mendapatkan pilihan tiket mana-mana syarikat penerbangan melalui airasia.com dan kerjasama AirAsia bersama Kiwi.com merupakan fasa transformasi AirAsia untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat penerbangan.

1

Untuk pengetahuan anda, Kiwi.com merupakan syarikat teknologi perjalanan terkemuka yang mengendalikan tempahan penerbangan, hotel, aktiviti dan banyak lagi di pelbagai destinasi.

Justeru itu, dengan adanya perkhidmatan terbaru ini, pelanggan boleh menempah perjalanan dari lebih 100 syarikat penerbangan ke destinasi yang tidak dikendalikan AirAsia termasuk ke Eropah, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

photo_2019-11-16_00-32-31

Lebih mengujakan kerana anda berpeluang untuk mendapatkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Sydney dari hanya RM99 sempena pelancarannya.

Anda boleh mula dapatkan tiket pada harga promosi pada hari ini bermula jam 9 pagi untuk perjalanan segera hingga 31 Mac 2020. Adalah diingatkan bahawa tiket hanya boleh dibeli melalui laman web airasia.com sahaja.

Transformasi ini dilihat dapat memberikan kebaikan kepada Malaysia, lagi-lagi tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, dengan adanya transformasi ini pasti akan menarik ramai pelancong luar untuk ke negara kita.

Pastikan anda membuat pembayaran menggunakan kad BigPay anda kerana anda pasti akan dapatkan lebih banyak penjimatan dan kelebihan. Jika anda belum memiliki BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Tidak memiliki kad BigPay dan tidak tahu apakah ia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Koleksi AirAsia Foundation ‘GOOD/jahat’ Curi Tumpuan Di Kuala Lumpur Fashion Week 2019