AirAsia nampaknya bakal meluaskan lagi rangkaian laluan mereka apabila secara rasminya telah menempah 100 unit A330neo daripada pengeluar Airbus dengan nilai $30 bilion (RM122 bilion).

Difahamkan pembelian airbus model baru ini membolehkan AirAsia memperoleh lebih jimat melibatkan kos overhead. Airbus A330neo bakal menjimatkan AirAsia sebanyak 14% melibatkan bahan bakar serta 5% pengurangan dari segi servis baik pulih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pic-3

Berdasarkan laporan daripada Tan Sri Tony Fernandes, tiga unit pertama model ini bakal hadir seawal suku ketiga tahun hadapan eksklusif buat AirAsia Malaysia manakala beberapa unit yang lain bakal hadir dari semasa ke semasa. AirAsia bakal menerima sebanyak 10 unit awal menjelang 2021 khusus buat laluan Malaysia, Thailang dan Indonesia.

Tahniah kami ucapkan buat Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia. Melihat kepada langkah yang dibuat AirAsia, adakah kita akan melihat syarikat penerbangan kos rendah ini bakal membuka kembali laluan ke Eropah tidak lama lagi. Sebelum ini ura-ura bertiup kencang dimana London mungkin akan menjadi destinasi terbaru AirAsia.

Sumber