AirAsia X akan mula terbang ke Fukuoka di Jepun bermula Februari tahun hadapan dan akan mempunyai empat penerbangan dalam tempoh seminggu.

Ketua Komersial AirAsia X Group, Barry Klipp berkata pelancaran laluan baru ini akan meningkatkan industri pelancongan kedua-dua negara dan juga dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau berkata tambang untuk laluan itu akan bermula pada RM199 pada kerusi standard dan RM799 kepada yang memenangi Premium Flatbeds, anugerah syarikat penerbangan itu.

Pelancaran tambang untuk penerbangan ke Fukuoka boleh ditempah dan diperolehi melalui laman web syarikat penerbangan di airasia.com mulai Jumaat (30 Nov) hingga 9 Disember 2018 untuk perjalanan antara 28 Februari dan 28 Oktober 2019.