Portal tempahan dan pengurusan pelancongan terkemuka, Rome2Rio baru-baru ini mengeluarkan senarai 200 penerbangan komersil termurah di dunia. Laporan yang dikeluarkan hasil kajian pakar teknikal organisasi tersebut menunjukkan AirAsia X mendahului carta sebagai penerbangan termurah di dunia.

GlobalFlightPricing2018

AirAsia X dinobatkan sebagai penerbangan termurah berdasarkan harga per kilometer dalam matawang US Dollar. Air India Express berada di tempat ke-2 diikuti dengan AirAsia Indonesia di tangga ke-3. Pada tangga ke-18 AirAsia Philippines disenarai sekaligus menjadikan AirAsia sebagai pilihan utama dalam kedudukan 20 teratas.

Laporan tersebut turut menyebut AirAsia X dan AirAsia Indonesia sebagai pilihan penerbangan tambang murah untuk laluan domestik.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group