Berita baik buat semua traveller di Malaysia, kini anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Hawaii dengan penerbangan tambang murah AirAsia X dengan harga tawaran serendah RM499.00 sahaja.

Laluan destinasi baru AirAsia X ke Hawaii ini akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu. Penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun bermula pada 28 Jun 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga tawaran ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun sempena meraikan laluan destinasi terbaru syarikat itu.

“Promosi berkenaan akan bermula 11 Februari hingga 26 Februari 2017 bagi perjalanan dari 28 Jun 2017 hingga 6 Februari 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan bermula dari serendah RM2,999* bagi sepanjang tempoh promosi tersebut,” katanya.

Tambah beliau penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa bagi memasuki Jepun untuk sepanjang dua jam persinggahan dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat setelah pihak sekuriti menjalankan pemeriksaan bagasi atau barangan.

Selain itu, penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Anda boleh dapatkan tawaran istimewa ini di laman web Airasia.com 

Sumber