AirAsia X Bhd (AAX) telah menandatangani satu perjanjian dengan Asian Aviation Centre of Excellence Sdn Bhd (AACE) untuk menjual pemeriksa juruterbang tetapan Airbus (DPE) dengan harga US$2.38 juta.

Syarikat penerbangan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata AACE merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan menjalankan perniagaan akademi penerbangan yang menyediakan latihan juruterbang, penyelenggaraan serta latihan untuk anak kapal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kit DPE ini terdiri daripada pakej data, perisian simulasi dan kit bahagian-bahagian pesawat yang tulen yang akan dipasang dalam peranti latihan simulasi pesawat,” kata AAX.

Ia menambah bahawa penjualan kit DPE itu termasuk hak kepada dan kepentingan dalam bahagian-bahagian pesawat.

Kit DPE ini adalah bebas royalti dan akan disertakan dengan lesen bukan eksklusif untuk penggunaan bebas daripada segala bebanan, bagi pembuatan, pemasangan, kelayakan, pembangunan, operasi, penyelenggaraan, menaik taraf dan kemas kini yang hendaklah disertakan dalam penyediaan perkhidmatan latihan kepada pelanggan AACE.

“AAX dan AACE bersetuju harga penuh pembelian akan ditolak daripada bayaran invois yang dihutang oleh AAX kepada AACE. Pihak-pihak tersebut juga bersetuju bahawa pembayaran harga beli dengan cara set kontrak tersebut membentuk pertimbangan yang sah dan mencukupi untuk kit DPE itu,” katanya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber